Pengalaman menghadiri SL1M Sime Darby 2018 (Protege)
Salam hormat kepada teman-teman.
Hasil carian saya di internet beberapa bulan yang lepas,tidak banyak yang menceritakan tentang pengalaman mereka sepanjang mengikuti program Skim Latihan 1 Malaysia(SL1M),yang ada cuma perkongsian mengenai temuduga SL1M sahaja.

**Update 19 Ogos 2020 : Saya dimaklumkan nama baru bagi SL1M sekarang ialah Protege
Tahun ini telah berlangsungnya Pilihanraya Umum ke-14 dan menyaksikan perubahan tampuk pimpinan negara. Saya menjangkakan bahasawanya yang program ini bakal dijenamakan semula dengan pengisian yang sama.Apapun, tidak kisahlah apa nama yang mahu diletak,asalkan ianya bermanfaat kepada graduan yang buntu mencari pekerjaan.
Baiklah, kembali kepada topik SL1M, anda boleh memohon menyertai program ini secara 'online' di laman web rasmi SL1M, Jobstreet dan juga laman web syarikat yang mengambil pelatih SL1M. Platform Jobstreet ( kalau sebut nama Lina mesti kenal kan? Aha !) dimanfaatkan sebaik mungkin oleh saya, cari pekerjaan dan dalam masa yang sama mencari peluang untuk mengikuti program ini. Jenuh tangan menaip 'keyword' penting macam 'SL1M' , 'Management Trainee' , 'Graduate Trainee' , 'Apprentice' dan sebagainya.
Satu petang,sewaktu saya masih bekerja di DHL, tiba-tiba ada panggilan dari Human Resource (HR) salah satu anak syarikat Sime Darby Motors yang mengatakan saya diterima untuk menjalani SL1M bersama Sime Darby Berhad. Tanpa ragu, tawaran itu terus saya terima.
Saya tak pasti kenapa ada rakan-rakan yang perlu melalui temuduga dan ada yang tidak. Saya tanyakan kepada rakan saya yang ditempatkan di Inokom Coporation Kulim ( anak syarikat Sime Darby juga) , sewaktu beliau ditemuduga, panel menyuruh calon membentangkan perancangan SWOT( Strengh,Weakness,Opportunity,Threats) diri masing-masing dan bersoal jawab dalam Bahasa Inggeris.
Kemudian, kami dikumpulkan untuk menghadiri 'Classroom Training' di kompleks Sime Darby Industrial,Tractors Malaysia di Puchong. Bagi yang menaiki LRT, boleh berhenti di stesen Bandar Puteri,buat pengetahuan anda,kompleks itu betul-betul di sebelah stesen LRT tersebut.Sangat menyenangkan.
Oh ya, program SL1M Sime Darby Berhad dijalankan selama 8 bulan. Dua minggu menghadiri 'classroom training' dan yang selebihnya 'on-job training' (OJT) di tempat yang diletakkan oleh pengurusan. Bagaimana agaknya Classroom Training itu ya?
Nampak gaya kena buat post asing ni.Nantikan ya !

Masa kem motivasi sekolah selalu buat kan?

Assalamualaikum. Saya pun baru terima call tawaran temuduga yang sama, nak tanya, sepanjang dua minggu di Puchong tu penginapan disediakan atau tanggung sendiri
ReplyDelete