Pro and Cons SL1M (Kelebihan dan Kekurangan)
Salam teman-teman.
Straight to the point, aku nak kongsi sedikit tentang kelebihan dan kekurangan program SL1M secara umum.
KELEBIHAN
1) Tumpang Nama
Ya benar. Tumpang nama bermaksud resume kita punya nama besar yang membuktikan kita pernah bekerja di syarikat yang ternama.Dalam resume kalian, janganlah tulis 'Peserta Program SL1M'. Sebaliknya tulislah seperti 'Management Trainee, Sime Darby Group(Contoh).Tuan Norizan Sharif,seorang 'influencer' media sosial yang seringkali menulis tip-tip buat pencari kerja dan pembangunan diri menyarankan 'fresh graduate' yang menyertai program SL1M supaya berbuat demikian.
Bukanlah bermaksud kita hendak 'over-claim',tetapi hakikatnya memang kita melakukan kerja-kerja seperti yang termaktub di dalam kontrak perjanjian antara kita dan syarikat.
2) Pengalaman
Berkait dengan point no 1 di atas..Kadang-kadang mungkin kita akan diperlakukan seperti 'budak intern', tetapi jangan risau,itulah harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan pengalaman.Kurang-kurangnya kita didedahkan dengan realiti alam pekerjaan,termasuk juga dengan budaya politik pejabat. Pengalaman ini pula boleh dijual sewaktu temuduga untuk mendapatkan kerja yang lain.
3) Networking
Apabila sudah berjaya menempatkan diri dalam program SL1M,pastinya kita akan dapat berkenalan dengan bos,senior,mentor,Internal customer,External customer dan juga staf-staf sokongan yang lain.Binalah hubungan secara positif dengan mereka.Peluang kerjaya boleh jadi datangnya dari hubungan kita yang baik dengan ramai orang.Sebagai contoh,kawan saya beberapa kali ditawarkan peluang untuk bekerja dengan syarikat milik pelanggan kerana pelanggan (Bos) berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Dalam kes saya sendiri,saya pernah mengirim resume kepada pemandu lori yang sentiasa datang ke tempat kerja,katanya ada kekosongan di syarikat beliau.
Berjaya atau tidak cerita lain,yang penting kita usaha !
Tetapi,apa pun,bina hubungan baik ada beza dengan bodek boss ya.haha
KEKURANGAN
1) Tiada Peluang Pekerjaan
Pengalaman dapat,kawan-kawan dapat,elaun pun dah dapat,akhirnya anda berjaya menghabiskan masa lapan bulan di SL1M,tetapi rupanya tiada kekosongan di syarikat. Adalah berguna untuk kawan-kawan supaya tidak mengharapkan peluang diserap masuk ke dalam syarikat sejak awal lagi menyertai SL1M. Seorang pegawai HR yang kami temui memang dah bagi peringatan supaya 'jangan harap kamu dapat kerja di sini' selepas tamat SL1M. Kalau dapat,itu memang rezeki anda. Ada juga kawan-kawan saya yang berjaya disambung kontrak mereka selama beberapa bulan di dalam SL1M.
2) Tiada potongan EPF.
Hujung bulan memang kita akan dapat elaun bersih RM 2000 (Jika lebih,bergantung kepada syarikat) dan tiada sebarang potongan EPF dikenakan,kerana dikira status peserta SL1M sebagai 'trainee' bukannya pekerja.
Setakat ini,itu saja yang mampu aku tulis,inipun kawan-kawan SL1M aku juga yang bagi point.Ada lagi yang saya tertinggal?

Kalau anda mengalami kesukaran sewaktu menulis 'jobscope',bermakna waktu SL1M anda sangat 'heaven' dan bosan.

Nak dekat-dekat habis SL1M,kejar HR dan Boss anda
2) Tiada potongan EPF.
Hujung bulan memang kita akan dapat elaun bersih RM 2000 (Jika lebih,bergantung kepada syarikat) dan tiada sebarang potongan EPF dikenakan,kerana dikira status peserta SL1M sebagai 'trainee' bukannya pekerja.
Setakat ini,itu saja yang mampu aku tulis,inipun kawan-kawan SL1M aku juga yang bagi point.Ada lagi yang saya tertinggal?
Comments
Post a Comment