Kembali Ke Dunia Maya.
Salam hormat kepada pembaca sekalian.
Ternyata bukan mudah , secara dengan tiba-tiba aku kembali menulis. Dulu pernah menulis blog bersama rakan karibku, dalam waktu tujuh tahun dahulu (Ya, ini bukan sekejap, lama sangat dah) tetapi blog tersebut sudah cukup bersarang dan banyak habuk. Kalau aku baca tulisan aku kembali pun , rasa malu yang amat ( Serius !)
Dah masuk perenggan kedua ini pun aku masih belum cukup pasti apa motifku kembali menulis blog,tetapi yang pasti aku mahu catatanku diarkibkan dan diketahui. Kadang-kadang maklumat itu mungkin kedengaran biasa bagi kita, tetapi luar biasa bagi orang lain, dan begitulah sebaliknya. Masuk dalam satu fasa waktu, aku jadi cukup takut untuk menulis, takut orang itu ini terguris, takut aku tersalah langkah, takut aku tersilap faham dan anda boleh sambung sendiri dengan banyak jenis ketakutan yang difikirkan munasabah untuk terjadi seandainya aku terus lancar menulis. Aduh, 'overthinking' tahap ke berapa dah ini ?
Menulis di ruang awam ini sebenarnya mendedahkan sedikit sebanyak tentang karakter,cara fikir dan tingkahlaku yang boleh dilihat melalui penulisan seseorang individu. Menulis sebenarnya menelanjangkan peribadi dan pemikiran si manusia normal. Tetapi tidak mengapa, jangan takut.
Izinkan aku terus menulis.
Sangatlah klise bunyinya jika aku memetik lirik lagu popular ' aku menulis bukan kerna nama..' , tetapi kita sama-sama doakanlah agar diri kita tidak termasuk dalam kalangan orang yang mengangkat dirinya, sama ada secara sembunyi atau terang-terangan, kerana Allah Taala mengetahui apa yang tersemat di hati.
Sebagai seorang Mahasiswa yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Sejarah, prinsip-prinsip asas untuk merekod dan menyatakan maklumat mengenai apa yang berlaku disekeliling sangat tebal dalam diriku.Mungkin itu boleh dijadikan alasan yang kukuh kenapa blog ini wujud dan terbina.
Apapun, sampai jumpa lagi !

Comments
Post a Comment