Pengalaman Menghadiri SL1M Sime Darby bahagian 2

Salam hormat teman-teman.

Jadi post kali ini,saya akan kongsikan serba sedikit pengalaman semasa 'Classroom Training' di Sime Darby Industrial di Bandar Puteri,Puchong.

Saya tak berapa ingat berapa peserta keseluruhan untuk batch Oktober 2018 ini, tetapi kurang lebih sekitar 127 orang. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Ruby (Merah), Emerald (Hijau), Topaz(Kuning, heyy,kumpulan aku tu !) dan Sapphire (Biru). Sepanjang dua minggu ini,wajah-wajah dalam kumpulan besar inilah yang selalu akan kami hadap.



       Sime Darby Industrial/Tractors Malaysia

Mula-mula sekali kami didedahkan dengan latar belakang Sime Darby Berhad dan anak syarikatnya.Kami sebenarnya terdiri dari dua bahagian(division), iaitu kumpulan pelatih dari Sime Darby Industrial dan Sime Darby Motors. Masuk sini baru aku tahu Sime Darby sebenarnya pemegang 31 jenama syarikat pengedar mewah di Asia Pasifik melalui jenama seperti BMW, Ford, Porsche,Jaguar,Audi,Lamborghini,Mazda,Mini Cooper dan banyak lagi. Mati-mati aku ingatkan Sime Darby ni cuma ada banyak tanah kelapa sawit saja (Fakta : Tahun 2017 menyaksikan pengasingan Sime Darby Group yang menyaksikan tiga syarikat berbeza disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur iaitu Sime Darby Berhad,Sime Darby Property dan Sime Darby Plantation





                                  Jenama yang diwakili Sime Darby Motors (Abaikan notis Activate Windows tu )



PENGISIAN

Sepanjang dua minggu ini,kami akan masuk ke dalam kelas kumpulan masing-masing,dan menjalankan aktiviti seperti ;

- Time Management
- Creative & Critical  Thinking
- Problem Solving and Desicion Making
- Presentation Skills
- Social Styles
- Business English Communication
- Resume Writing and Interviewing Skills
- Emotional Intelligence and Conflict Management
- Customer Focus

Ini yang aku mampu senaraikan.Tak 'chill'lah kalau aku 'detail'kan satu persatu apa yang kami lakukan. Dan dua minggu ini aku sedar, yang kami diprogramkan (baca dalam nada positif) untuk bersedia menjadi 'junior executive' di dalam perusahaan dan syarikat besar.Satu kecelakaan besar bagi sesiapa yang berkongsi ketakutan yang sama dengan Newt Scamander (watak utama filem Fantastic Beast yang takut bekerja di pejabat ).

                             
  Dumbledore : What Mr Scamander fears above everything else is..

Dan yang paling penting, pada hujung program,semua kumpulan akan membentangkan projek masing-masing untuk dinilai oleh kumpulan pelabur. Setiap kumpulan ada tiga kumpulan,maksudnya jika dicampur semua,ada 12 kumpulan secara total.Sepanjang dua minggu tersebut, terdapat dua kali sesi 'pitch-out' ,lebih kurang sesi pembentangan awal kepada panel penilai sama ada projek kita layak ataupun tidak dari sudut pasaran dan kualiti produk/servis itu sendiri.

Untuk sesi 'pitch-out' ini, walaupun jadual setakat pukul lima petang atau enam,tetapi boleh memakan masa berjam-jam juga,selalunya sampai malam lah. Itu tak masuk lagi kalau projek kumpulan anda ditolak,maksudnya anda kena bincang dan hasilkan semula.

             
                  Syafiq sedang bersoal jawab tentang kualiti,ketahanan dan fungsi produk dengan panel



   Panel Sime Darby



 Di dalam bilik Topaz


       Hanif sedang membentangkan projek kumpulan kami




Yang aku dapat belajar dari panel penilai ialah, kadang-kadang satu produk itu mungkin bagus pada kegunaan(function), tetapi adakah ia berbaloi untuk dipasarkan? Adakah masalah yang kita sedari itu (dari masalah terbitlah ruang untuk penyelesaian) sebenarnya merupakan satu masalah? Ada tak data yang menyokong pendapat kita tersebut? Atau kita sekadar suka-suka 'goreng' isi sahaja? Satu lagi, sejauh manakah produk kita tersebut sebenarnya menyelesaikan masalah? Adakah itu alternatif paling hampir? Yakin ?

Alhamdulillah, bagi kumpulan aku,idea kami diterima,cuma panel penilai tidak berpuas hati dari sudut kiraan dan pulangan hasil pendapatan yang bakal diperolehi pelabur,dan beberapa isu teknikal dengan produk kami. Semuanya bisa diatur.

Menjelang hari-hari terakhir,ukhwah sesama peserta kian erat,ada yang ditugaskan untuk menyertai persembahan majlis penutup,dan sebahagian yang lain bersedia untuk hari ' Implementation of Project', kemaskan slide,siapkan booth,berlatih untuk soal-jawab dari pelabur dan sebagainya.Kalau awak seorang yang tidak ada kerja,memang pelik sangat dah kumpulan awak tu.

Umumnya,semua kumpulan sedang melobi para pelabur untuk 'invest' dalam projek masing-masing.Kumpulan yang mendapat jumlah pelaburan yang terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.




                                     
                                      Tengah siapkan booth, Wan sedang tsersengih-sengih


                                   Simulasi melayan pelanggan yang bermacam-macam perangai



                                      Bagaimana kalau tiba-tiba suami pelanggan pun join sekaki?

                           Dalam Basic English Communication,aku orang pertama diberikan
                                        kertas ini dan terus diminta berucap secara spontan


                       Perbincangan dalam kumpulan,Izzati sedang berperanan sebagai tukang catat


                                 
                                  Makan sedap dan kenyang adalah satu manfaat SL1M. haha !




                          Hanif dan Hana bergilir-gilir menjawab soalan,sesekali dicelah oleh Intan






Dua minggu 'Classroom Training' sudahpun berakhir, kemudian kami pun pulang ke tempat masing-masing untuk menjalani 'On-Job Training' bersama dengan anak syarikat  SIME DARBY yang sudah ditetapkan. Ramai yaang duduk di Kuala Lumpur,ada yang di Pulau Pinang,Kedah,Johor,Perak dan juga Sarawak.

Sampai jumpa lagi !



Comments

  1. Assalam. Nak bertanya.

    1. Adakah awak menghabiskan tempoh sehinga ke akhir Program SL1M ini selama 6 bulan?

    2. Adakah awak rasa program ini berbaloi untuk menimba pengalaman sebelum betul-betul masuk ke alam pekerjaan?

    3. Bolehkah awak kongsikan beberapa pros dan cons jika menyertai SL1M ini?

    4. Adakah awak diserap masuk ke Sime Darby selepas tamat SL1M?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Wrt.

      1. Tidak,saya keluar sebelum tempoh enam bulan berakhir.

      2. Bagi saya secara peribadi,ya,saya memang didedahkan dengan realiti dunia pekerjaan yang mencabar.Tapi kalau awak dah dapat kerja,saya sarankan awak terus masuk ke dunia pekerjaan.Sebab apa? Sebab SL1M pun buat perkara yang sama.

      3.Bagus soalan awak ini.Saya akan buat satu post.

      4. Sebenarnya jawapan ini bergantung kepada syarikat.Adakah ada kekosongan atau tidak.Saya keluar dari Sime Darby kerana ingin cari tempat kerja yang lebih dekat,dan ingin masuk ke bidang lain.Walaubagaimanapun memang saya bersyukur sangat-sangat diberikan peluang begini.

      Delete
  2. Salam, mcm mana sy nk contact awak ea? Sy ada banyak soalan pasal slim 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh hubungi saya melalui

      https://www.facebook.com/AmirulNaimAlmashoori

      Delete
  3. hai tuan. mcm mana tuan apply protege sime darby? boleh ajar saya x?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts