Siapa pewaris Madrasah Al Mashoor Al Islamiah ?
Salam hormat pembaca sekalian.
Dua tahun lepas, yakni tahun 2016 adalah tahun ke- 100 ulangtahun Al-Mashoor. Pada mulanya dicadangkan agar ketiga-tiga sekolah , SMKA Al-Mashoor (Lelaki), SMKA (Perempuan) Al-Mashoor dan Maahad AlMashoor Al-Islami menyambutnya secara bersama, tetapi atas beberapa isu, sambutan yang berasingan telah dijalankan di mana Al-Mashoor Lelaki dan Perempuan menyambutnya bersama manakala Maahad Almashoor pula secara berasingan.
SMK Agama Al-Mashoor(Lelaki) dan SMK Agama (Perempuan) Al-Mashoor secara institusinya adalah warisan langsung dari zaman Madrasah Almashoor Al Islamiah ( kadang-kadang dieja Al-Masyhoor/Masyhur). Tapak bangunan Kompleks Tun Abdul Razak(KOMTAR) di Lebuh Tek Soon sekarang ialah tapak lama Al-Mashoor.Sebagai ganti, kerajaan telah mengurniakan tanah di pinggir bandar Georgetown,iaitu di Jalan Air Itam untuk didirikan bangunan sekolah yang baru. Kedua-dua sekolah,setelah pengambilan oleh kerajaan, dijadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA). Sheikh Ahmad Badjunied,mudir Madrasah Al-Mashoor terus menjadi pengetua SMKA Al-Mashoor(Lelaki), manakala bagi sekolah perempuan,masih dikelolakan oleh waris amanah mereka.
Maahad Al-Mashoor Al-Islami adalah sekolah baru yang ditubuhkan bertujuan mengembalikan 'semangat' Almashoor yang asal di mana silibus SMKA telah mengabaikan silibus Azhari, jadi disebabkan itu lahirlah ia di bawah Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Mulanya menumpang di bangunan kecil berhadapan Masjid Ridwaniah,Sungai Batu. Pelajar-pelajar asalnya cuma terdiri dari kalangan pelajar putra sahaja. Yang saya ingat mengenai Maahad Almashoor ini, mereka merupakan antara nama besar bagi sukan Sepak Takraw dan Ping Pong di Pulau Pinang. Hal ini disebabkan mereka tiada padang sukan untuk bermain bola sepak,jadi pelajar mereka bermain Takraw dan Ping Pong dengan orang kampung di kawasan sekitar.
Kemudian, setelah bangunan Kompleks Maahad Al-Mashoor Al-Islami siap sepenuhnya di Simpang Empat,Balik Pulau, mereka mula mengambil pelajar putri. Khabarnya cengkaman mereka dalam sukan Takraw dan Ping Pong juga semakin lemah. Yang saya kenal lahir dari Maahad Almashoor ialah Imam Muda Asyraf,juara program realiti bercorak agama di Astro dan juga Ustaz Azmir, Imam Masjid Negeri Pulau Pinang.
Kontroversi timbul apabila Maahad Almashoor mendakwa merekalah pewaris institusi Almashoor,kerana mereka memiliki surat dari pemegang amanah yang menyebutkan lebih kurang begini ;
''...sekolah BARU yang akan didirikan setelah pengambilalihan tanah oleh kerajaan ialah MAAHAD Almashoor ...''
Tanpa menafikan kenyataan tersebut,saya kira adalah tidak wajar jika nama Almashoor dibolot oleh satu sekolah tanpa melihat naratif sejarah secara keseluruhannya. Maahad Almashoor ditubuhkan pada tahun 1993, lebih kurang empat belas tahun setelah bangunan KOMTAR siap dan pada masa yang sama SMKA Al-Mashoor(Lelaki) dan SMKA Perempuan Almashoor beroperasi seperti biasa,murid dan guru yang sama,cuma silibus yang berbeza.
Yang penting bagi saya ialah, ketiga-tiga sekolah ini mesti berperanan dengan apa yang telah disepakati oleh waris-waris pendahulu Madrasah Al-Mashoor,baca sejarah perjuangan Almashoor,tokoh-tokoh guru dan murid yang lahir darinya,kemudian kita akan bersetuju bahawasanya yang Almashoor ini milik kaum Muslim Pulau Pinang yang bersinar ke serantau dunia.

Mengambil nama mudir pertama,Syed Sheikh Al-Hadi
yang juga Tokoh Reformis Tanah Melayu

Kupasan yang menarik. Terima kasih
ReplyDeleteTerima kasih Saudara/Saudari.
Delete