The Founder of Modern Sepak Takraw - Penang Malays.
ORANG MELAYU GEORGETOWN PENCIPTA SEPAK TAKRAW MODEN?
Bersempena meraikan kejayaan pasukan Penang Black Panther yang mempertahankan kejuaraan untuk kali ketiga bagi pertandingan Sepak Takraw League 2018 semalam, saya ingin berkongsi serba sedikit berkenaan Sepak Takraw dan Orang Melayu Georgetown.
Menurut cerita lisan yang direkodkan dalam buku 'Memori di Georgetown', Tan Sri Mohd Yusoff Latiff, pengerusi PEMENANG(Persatuan Melayu Pulau Pinang, salah satu pengasas bersama UMNO) menceritakan bahawa kebiasaannya dahulu mereka akan bekerjasama dengan pihak Shaw Brothers dalam menganjurkan pertandingan sepak raga bulatan yang disertai oleh kampung-kampung Melayu seperti Kampung Kelawai, Kampung Makam, Kampung Dodol, Kampung Manggis, Jalan Hatin, Kampung Jawa dan kawasan - kawasan Melayu lain di sekitar Georgetown.
Tan Sri Mohd Yusoff Latiff, orang lama Persatuan
Melayu Pulau Pinang(PEMENANG)
- gambar dari Utusan
Satu hari, semasa bermain sepak raga bulatan, mereka mendapat idea untuk menerapkan elemen-elemen dalam permainan badminton dalam sepak raga. Ketika itu, mereka sedang bermain di Jalan Patani, oleh kerana kebanyakkan penduduknya merupakan nelayan, salah seorang dari mereka telah mengambil jala dan membuat jaring. Sejak dari itu, mereka mengembangkan permainan ini dengan nama Sepak Raga Jaring.
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sendiri merupakan pemain sepak raga jaring mewakili Kampung Jawa dan beliaulah insan yang bertanggungjawab mengembangkan permainan ini di Singapura. Kemudian, permainan ini juga diperkenalkan kepada negara jiran seperti Indonesia dan Thailand sehinggalah dipertandingkan di Sukan SEAP(sekarang dikenali sebagai Sukan SEA) di Kuala Lumpur.
Gambar P. Ramlee sedang beraksi dalam kejohanan sepak takraw
Gambar kulit muka buku : Diambil dari web Areca Books
p/s: Cerita ini saya dapat dari hasil kutipan team Dr Mahani Musa, USM yang bertindak sebagai editor kepada penerbitan 'Memori di Georgetown' yang diterbitkan oleh Georgetown World Heritage Incorporated.

Comments
Post a Comment