Perihal Guru Ganti GSTT/KGSK 2

Salam teman-teman.

Ramai yang bertanya , ''Bro, apa first step untuk jadi guru ganti nih? ''.

Saya jawab,urusan kekosongan guru ganti selalunya boleh muncul dalam tiga jenis peluang ;

1 ) Guru subjek mencari pengganti bagi dirinya lalu diajukan kepada pengetua sekolah.Kemudian pengetua sekolah akan berhubung dengan Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) bagi urusan lantikan.

2) Calon pergi ke sekolah-sekolah dan bertanyakan sama ada terdapat kekosongan guru-guru ganti.

3) Calon pergi ke Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) dan mengambil borang permohonan menjadi guru KGSK(Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan).

Selalunya, cara no 3 yang paling berjaya. Tambah pula, memang PPD yang menentukan urusan lantikan bagi guru-guru ganti, di bawah unit pengambilan KGSK. 

Jadi, apa lagi, pergi ke PPD daerah masing-masing dan ambil borang !

Saya sendiri, di Pulau Pinang pernah menjadi guru ganti di PPD Barat Daya dan PPD Timur Laut. PPD Barat Daya menjaga sekolah di kawasan Balik Pulau,Teluk Kumbar dan Teluk Bahang,manakala PPD Timur Laut di kawasan Georgetown,Tanjong Tokong dan kawasan di sebelah Pulau yang lain. Boleh saya katakan,proses perlantikan guru ganti di kedua-dua PPD ini lebih kurang sama dengan sedikit perbezaan sahaja.

Selalunya kontrak selama tiga (3) bulan akan diberikan. Yang terbaru,PPD akan memberikan kontrak selama sebulan dan kemudian akan dilanjutkan bergantung kepada prestasi calon semasa bulan pertama mengajar.

PERSEDIAAN TEMUDUGA

1) Borang permohonan guru ganti yang lengkap diisi dengan gambar berukuran pasport
2) Salinan dokumen yang disahkan ;

a) Kad Pengenalan
b) Sijil Lahir
c) Sijil Akademik tertinggi : SPM,STPM,Diploma,Ijazah, ( Bawak ja semua)
d) Sijil Berhenti Sekolah Menengah
e) Sijil Pencapaian Kokorikulum/Sumbangan luar peringkat tertinggi
f) Dokumen Sokongan Pengalaman Mengajar(Surat Lantikan KGSK), jika ada dan sebelum ini pernah jadi guru ganti

3) Mock-Teaching

'Mock-Teaching' ini ialah situasi di mana calon-calon guru ganti akan menunjukkan cara mengajar dan berlakon seolah-olah pelajar berada di hadapan mata kita. Boleh dah kot berlatih depan cermin.Jangan lah merepek depan panel  dengan lawak yang bukan-bukan pula, tunjukkan cara anda mengajar,paling tidak pun,tiru cara guru anda mengajar dahulu (Itupun kalau ingat lagi). 

4) Bersedia dengan pengetahuan dalam subjek masing-masing.

Dalam borang calon guru ganti, terdapat ruangan 'subjek pilihan' yang akan diisi oleh calon,sekurang-kurangnya tiga ke lima subjek. Mantapkan pengetahuan asas dalam bidang anda,supaya tidak terkial-kial apabila menghadapi penemuduga. Contohnya, semasa temuduga di PPD Barat Daya dahulu, subjek teratas yang saya minta ialah Pendidikan Islam. Jadi saya perlu melepasi ujian Ustaz-ustaz PPD.Membaca Al-Quran,hukum tajwid dan beberapa persoalan asas.

Sabar ya, saya sambung satu post lagi. :)




Comments

  1. Salam. Saya berminat untuk tahu lebih lanjut tentang program Protege (SL1M) di Sime Darby Industrial. Kalau sudi bantu, boleh whatsapp saya di 018-5730026. Terima kasih :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts