Tip Pemula Untuk Pencari Kerja(Fresh Graduate)

Salam ceria kepada semua teman-teman.


Setelah lebih kurang tiga tahun setengah atau empat tahun di universiti,masing-masing sudah mula mencari pekerjaan yang sesuai dengan minat, course(haih,ini yang paling susah), dan kemampuan yang ada. Selalunya ada yang dapat kontrak lanjutan dari tempat praktikal ,atau yang lebih cemerlang,sebelum bergraduasi sudah dapat peluang kerja dari syarikat yang diminati.

                                       
                    Dapat bergraduasi dari universiti pun dah kira satu pencapaian tau !

Tapi, bukan semua orang begitu.Sebab saya ini pun cuma orang biasa-biasa sahaja,jadi tip saya ini mungkin berguna untuk orang yang sederhana saja hidupnya.(Yang penting fikiran mesti luar biasa!). Kita tidak bercakap tentang peluang pekerjaan dalam bidang perkhidmatan awam,dengan perkembangan terbaru(setakat Mac 2019), saiz kakitangan awam di Malaysia disifatkan terlalu besar,jadi mahu tak mahu langkah yang ada selain berniaga(masalahnya bukan semua orang reti berniaga) ialah menceburkan diri di sektor swasta.

Bagi pelajar dalam bidang kemanusiaan dan agama,lorongan untuk mencari kerja adalah sempit dalam bidang yang kita pelajari. Jadi,jangan sempitkan skop kerjaya kita,buka peluang kepada diri untuk meneroka bidang lain.Ya,terjun ke bidang swasta. Realitinya, banyak yang kerja bukan dalam bidang yang sama dengan apa yang diambil di kolej atau universiti.Selain dari menjadi Pelatih Pengurusan (Management Trainee/Graduate Trainee) yang dibuka oleh program SL1M dan sesetengah syarikat, yang boleh dicari oleh graduan ialah kerja yang bertaraf 'entry-level' .

Apa itu 'Entry-Level job'?

An entry-level job is a job that is normally designed or designated for recent graduates of a given discipline and typically does not require prior experience in the field or profession. These roles may require some on-site training. Many entry-level jobs are part-time and do not include employee benefits. Wikipedia


 Boleh mula dengan cari entry-level job di Jobstreet,Indeed dan juga Linkedin.Lebih bertambah bagus ialah apabila kita pernah buat kerja separuh masa(part-time) dari zaman selepas SPM sampai di universiti.Waktu di universiti,bergiat aktiflah dengan persatuan.

Untung aktif dalam persatuan ialah,kita boleh dapatkan banyak 'connection' dan cipta 'networking' dengan pelbagai lapis manusia. Dengan 'networking' kita boleh dapat kerja dengan mereka kalau kena gayanya.Contohnya, si Huzaifah adalah seorang ahli kelab Sosiologi di Universiti Gombak. Dia ditugaskan menjadi exco perhubungan awam bagi kelabnya. Huzaifah selalu berurusan dengan pelbagai lapis masyarakat,dari pentadbir universiti,penaja,peserta program dan lain-lain.Kadang-kadang orang lain akan iktiraf kebolehan anda dan perkenalkan anda kepada peluang pekerjaan.

Baik,berbalik kepada 'Entry-Level job',pastikan anda cari pekerjaan yang mempunyai 'career advancement' iaitu kita berpeluang untuk melompat ke posisi yang lebih tinggi.Jika bandingkan dengan 'entry-level job' yang tidak punya 'roadmap' untuk maju ke peringkat seterusnya seperti Grab,attendan stesen minyak,pembancuh air kedai makan(sebagai contoh),anda boleh bayangkan berapa lama anda duduk di tempat bawah sebelum berpindah ke peringkat lebih tinggi.Tidaklah saya bertujuan menghina pekerjaan seperti yang disebutkan,tetapi dalam konteks 'career advancement' dalam industri,kita perlu memilih.Kita bukan bekerja sekadar mahu duit,tetapi juga peningkatan dalam kerjaya.

                                             
                                           Ada tak kerja yang goyang kaki dapat duit?

Pengalaman peribadi saya ialah sebelum bekerja dan memasuki program SL1M,saya bertugas sebagai guru ganti.Boleh tahan gajinya ,ijazah dibayar RM 100 setiap hari.Kemudian saya terfikir ;

''Sampai bila aku nak jadi guru ganti?''
''Bukannya boleh 'upgrade' jadi guru tetap pun!''.

Kalau diikutkan,boleh saja saya sambung,tetapi terfikir masa depan yang tak pasti.Umur pun semakin meningkat.Jadi saya putuskan untuk cari kerja kilang.Itupun saya buat keputusan untuk tak mahu bekerja sebagai operator.Duit beribu boleh dapat kalau kerja sebagai operator,dengan gaji lebih masa,tetapi macam saya cakap di atas,tiada 'career advancement'.Selepas lima tahun,sepuluh tahun,adakah aku masih di takuk yang sama? Kalau meningkat pun mungkin jadi penyelia/supervisor.Jadi saya putuskan saya tak akan bekerja langsung sebagai operator kilang.

Alhamdulillah,saya dapat peluang melalui ejen untuk bekerja sebagai Pembantu Operasi(Operation Assistant) di DHL Supply Chain.Walaupun kerja ini bermula dengan tawaran kontrak sebagai setahun dan ia sesuai untuk lepasan SPM,saya tak kisah kerana kerja ini adalah langkah pertama saya ke dalam industri.Gaji yang ditawarkan ialah sebanyak RM 1,200.00 sebulan. Jadi secara rasminya saya telah memulakan tapak dalam bidang logistik.

Di sana saya berpeluang melihat struktur organisasi,realiti dan cabaran dalam bidang 'logistic and supply chain'.Ambil tahu skop kerja dan cari peluang untuk tambah pengetahuan sebanyak yang mungkin.General Manager saya waktu itu pernah ceritakan yang dia dulu sama seperti kami,selepas SPM masuk DHL,buat bermacam-macam kerja,kemudian naik pangkat satu persatu dan akhirnya duduk di tempat dia sekarang.Sungguh menginspirasikan.

Di samping itu,kita boleh mula cari kenalan dan personaliti hebat di Linkedin.Saya akan habiskan masa uintk 'connect' dengan personaliti dalam bidang logistik ,terutamanya yang aktif menulis.Insyaallah kita boleh dapat manfaat serba sedikit dan kadang-kadang ada juga peluang kerja yang muncul hasil buruan di Linkedin.


                                           Modern problems require modern solutions




Comments

Popular Posts