Pengalaman SL1M Sime Darby Motors
Salam teman-teman.
Selepas ditempatkan di classroom training,tibalah masanya kami kembali ke tempat asal bagi 'On-Job Training'(OJT). Jadi selama lebih kurang lapan bulan akan duduk di sana.Mari kita bekerja !
Aku merupakan antara lapan orang pelatih Porsche di bawah naungan Sime Darby Auto Performance(SDAP). Yang paling menarik sekali ialah aku tiada kawan-kawan sepelatih SL1M yang lain,mahu tak mahu memang aku kena hadap seorang diri segala cabaran dan dugaan yang mendatang. Untuk pengetahuan kalian,setakat tahun 2019, Porsche cuma ada tiga cawangan di Malaysia iaitu ;
1) Porsche Service Centre Glenmarie(akan berpindah ke Ara Damansara)
2) Porsche Service Centre Sungai Besi
3) Porsche Service Centre Pulau Pinang
Tahun 2020,akan ada satu 'adik baru' iaitu di Johor Bharu.
APA YANG AKU BUAT DI SINI?
Kawan-kawan aku bila dengar aku kerja Porsche, kebanyakkannya ingat aku jadi 'salesman'. Aku cakap ; 'Kalau aku jadi salesman Porsche,rasanya kalau depa bagi masa dua tahun jual sebijik kereta pun aku tak mampu''.Haha
Memandangkan aku pun ada pengalaman beberapa bulan di DHL Supply Chain dalam bidang logistik,jadi aku ditempatkan di bahagian logistik Porsche.Di sini,ia dipanggil 'Parts Department'. Secara umumnya,kami bertanggungjawab kepada tiga perkara ;
a) Parts
b) Porsche Driver Selection(PDS)
c) Tequipment
Secara umumnya ada dua 'department'.Sales Department dan Aftersales Department.Jadi,bahagian aku ini diletakkan di bawah Aftersales Department. Aku pula memang jenis tak berapa ambil tahu sangat bahagian kereta ni,masa mula-mula masuk memang aku 'blur' .
Bila di bahagian Parts ni, aku kena belajar untuk kenalpasti komponen kereta,dan model-model kereta Porsche.Kerja yang selalu aku buat ialah sediakan 'parts' kereta yang diperlukan oleh Technician,kena buat pemeriksaan stok,tempah dan hantar barang ke Porsche Centre lain dan kerja-kerja am mengikut nasihat penyelia aku ataupun Dealer Head Parts.Nasib baik aku dapat penyelia yang sangat bagus,namanya Alan.Aku boleh ibaratkan dia macam seorang bapa,tanpa jemu-jemu ajar aku banyak hal,bahkan sering beri nasihat dalam hal ehwal kehidupan.
Di Porsche Center Penang,Service ni di bahagian belakang
Jalan depan sikit lagi nampak la Mydin Mall Bukit Mertajam
Aku berpeluang merasai pengalaman yang istimewa bilamana Porsche buka satu 'pop-up store' di Gurney Paragon.Disebabkan aku wakil 'Parts',banyak kali juga aku berulang alik ke sana dalam hal membabitkan stok untuk ruangan 'Porsche Driver Selection'. Di Pop-up store ini juga aku berpeluang merasai pengalaman menjadi jurujual merchandise dan melayani pelanggan yang datang.Selalunya ada geng Service Admin dan seorang Salesman Porsche duduk bersama -sama kami. Tapi yang sayangnya,Pop Up store ini tak lama,dalam beberapa minggu akau nak berhenti dari Porsche, pihak pengurusan telah buat keputusan untuk tutup dan fokuskan aktiviti jualan Porsche di premis Porsche Center Penang sahaja.
Bahagian Topi,Jacket,Kaca Mata Porsche
Tempat layan pelanggan (tempat bersembang aku dan kawan-kawan)
Tempat duduk di waktu tiada kawan
Gambar dari Star Car Sifu
Sebenarnya ada banyak lagi cerita dan gambar menarik,tetapi sebab aku terikat dengan kontrak untuk jaga rahsia perniagaan,dengan segala hormatnya aku minta maaf.
Sebenarnya kalau diberikan peluang,aku ingin lebih lama di Porsche,semuanya okay dan terbaik bagi aku,cuma jarak dari rumah aku ke sini agak jauh.Mungkin di masa hadapan satu hari nanti ?

Dengan Alan,Idrus dan Syukri
Aku berpeluang merasai pengalaman yang istimewa bilamana Porsche buka satu 'pop-up store' di Gurney Paragon.Disebabkan aku wakil 'Parts',banyak kali juga aku berulang alik ke sana dalam hal membabitkan stok untuk ruangan 'Porsche Driver Selection'. Di Pop-up store ini juga aku berpeluang merasai pengalaman menjadi jurujual merchandise dan melayani pelanggan yang datang.Selalunya ada geng Service Admin dan seorang Salesman Porsche duduk bersama -sama kami. Tapi yang sayangnya,Pop Up store ini tak lama,dalam beberapa minggu akau nak berhenti dari Porsche, pihak pengurusan telah buat keputusan untuk tutup dan fokuskan aktiviti jualan Porsche di premis Porsche Center Penang sahaja.
Di Bahagian Luar .Gambar dari Facebook Gurney Paragon
Bahagian Topi,Jacket,Kaca Mata Porsche
Tempat layan pelanggan (
Tempat duduk di waktu tiada kawan
Gambar dari Star Car Sifu
Sebenarnya ada banyak lagi cerita dan gambar menarik,tetapi sebab aku terikat dengan kontrak untuk jaga rahsia perniagaan,dengan segala hormatnya aku minta maaf.
Sebenarnya kalau diberikan peluang,aku ingin lebih lama di Porsche,semuanya okay dan terbaik bagi aku,cuma jarak dari rumah aku ke sini agak jauh.Mungkin di masa hadapan satu hari nanti ?
Comments
Post a Comment