Perihal Guru Ganti GSTT/KGSK 1

Menjadi seorang guru adalah antara impian aku, mengajar murid-murid, menyebarkan kebaikan, berkongsi dapatan dan pengalaman seorang remaja. Kita sendiri kadang-kadang membesar dengan meneroka sendiri peluang, sebab tiada pembimbing yang memegang tangan kita dan mendedahkan realiti dunia. Jadi aku mahukan mereka, murid-murid aku tidak senasib dengan aku.

Dulu selepas SPM, aku pernah bekerja di Tesco Extra dan juga di kilang. Ternyata aku mati akal. Baru masuk lima minit, aku sudah melihat-lihat jam membilang waktu rehat. Sudah rehat pun begitu, tak sabar untuk balik. Terutamanya sewaktu di kilang, aku membuat rutin yang tidak menggunakan akal. Tak berfikir, sama seperti robot yang diprogramkan untuk sesuatu kerja yang khusus.

Selesai saja peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), dengan berbekalkan semangat zaman persekolahan di Al-Mashoor Lelaki, aku dan beberapa sahabatku mula mengisi borang sebagai guru ganti di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Barat Daya dan Timur Laut,Pulau Pinang.

Dahulunya dikenali sebagai GSTT (Guru Sandaran Tak Terlatih), tetapi yang terbaru sudah bertukar sebagai KGSK (Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan).

Setelah beberapa kali menjadi guru ganti, aku memang tabik sungguh dengan guru-guru kita. Mereka bukan setakat mengajar kita, tetapi dibebankan dengan banyak kerja perkeranian yang bagi aku mengganggu fokus untuk mengajar. Itu tak masuk lagi bab kena urus kokorikulum, rumah sukan dan program-program di sekolah.

Bab gaji, Alhamdulillah sebab guru ganti di bawah sistem Pekerja Sambilan Harian (PSH). Jadi secara mudahnya kalau ikut kelulusan ;

Lepasan SPM : RM 54.00 sehari
Lepasan STPM/Diploma: RM 74.00 sehari.
Lepasan Ijazah : RM 100.00 sehari.

Gaji akan dibayar mengikut hari yang kita datang ke sekolah.Kalau dalam sebulan tu banyak cuti, sikitlah duit masuk.  Guru biasa kalau cuti gaji tetap jalan, berlainan dengan guru ganti.

Nanti saya sambung lagi. Penat .


lKlik sini untuk Part 2

Comments

Popular Posts